Wednesday, 25 January 2012

Solat..



Suatu petang di Kolej ..


Azman : "Kau perasan tak budak perempuan tu ? yang pakai jubah tu ."
Khairi : "Oh.. aku kenal budak tu.. satu kelas dengan aku. Dia tu tak banyak cakap dalam kelas. Yang tu aku tak pelik la.. tapi yang aku peliknya , ada waktu2 tertentu, mesti dia kelam kabut. Resah tak tentu pasal"


Azman : "Ye ke ? OoOo.. patutlah bila aku terserempak dengan dia , dia macam nak kejar sesuatu."


Tiba-tiba datang seorang gadis menyapa..


Liza : "Assalamualaikum ! apa yang kamu berdua bincangkan ni ? macam serius saja."
Khairi : "Kami bertanyakan hal berkenaan seorang perempuan yang pakai jubah tu Liza.. satu kelas dengan aku." "emm..kau kenal dia ?"
Liza : "Ooh..budak tu.. dia roommate aku .. mestilah aku kenal"
Azman : "Boleh tak aku nak tahu ? kenapa ada waktu2 tertentu , contohnya macam pukul 1.30, dia mesti tergesa-gesa . Nak kejar sapa?


Liza : "hemm.. untuk pengetahuan kamu berdua , waktu2 yang kamu maksudkan itu, adalah waktu solat.. tiap kali waktu solat, dia mesti nak pergi surau awal.


Khairi : "bagusnya.. emm.. tapi kenapa dia tak banyak cakap dalam kelas? dalam bilik kau , dia banyak cakap tak ?"


Liza : "Tak banyak jugak.. tapi ada lah juga dia bercakap2 dengan aku.. tapi tiap2 malam aku selalu dengar dia mengaji.. aku rasa , dia banyak bicara dengan ALLAH.."


Ketiga-tiga kawan tersebut diam seribu bahasa.. dalam hati mereka berkata, 'subhanallah.. terharunya aku melihat hamba ALLAH ini yang sgt mencintai ALLAH'..


Ketiga-tiga tersedar dari lamunan dan terus tengok jam, ya ALLAH, nak masuk maghrib. JOm2 solat ! 


No comments:

Post a Comment