Saturday 21 July 2012

~Muslimah~



 
hai sume...
salam Ramadah Kareem...
hmm.... sampai jugak kite ke dalam bulan yang penuh barakah nie...
subhanallah... bersyukur lah kita wahai manusia krana kita masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat Ramadan sekali lagi...
alhamdulillah~~

kali nie bkn nak citer sal Ramadah tapi nak share ngan korang pasal sebuah sajak@ abende tah yang bgitu mnaraik hati kami..jumpe kat fb~
hehe...sharing is caring kan,kan,kan??

(^^,)
 


 
Sayang2 Cinderella sayang..
Anda mempunyai sifat ketabahan walau diherdik,
Impian dan cita2 yang tinggi
Bahkan bila terus dihina anda masih mampu bersabar
Tetapi ketahuilah bahawa,
Muslimah kami lebih tabah menjalani hidupnya
Dia lebih tabah dalam bermujahadah walau
Disinisi oleh masyarakat sekitarnya
Tidak perlu dia mengharap lamaran putera raja untuk membuatnya bahagia,
Kerana dia tahu kebahagiaan itu adalah bersama Ilahi
Kerana sampai bila2 pun baginya kepahitan itu tetap indah
biar dihina dicaci diherdik
Dan bila2 pun dia sanggup bermujahadah dalam kepahitan ini
Walau tiada pengakhiran indah
Kerana Allah segalanya sempurna


Sayang2 Snow White sayang,
Anda memang mempunyai hati yang baik,
Sikap ramah dan bertimbang rasa dengan orang lain,
Bahkan semua disekeliling anda sayangkan anda,
Tetapi ketahuilah bahawa
Muslimah kami lebih mulia hatinya
Muslimah kami juga cintakan ukhwah,
Muslimah kami juga suka menyambung tali persaudaraan
Muslimah kami juga bersifat penyayang dan menyayangi makhluk Allah lainnya,
Bahkan Muslimah kami tegas tentang pergaulannya
Dan berwaspada tentang maruah dirinya.
Kerana ketahuilah,
Takkan sanggup muslimah kami serumah dengan mereka yang bukan Muhrimnya.


Sayang2 Sleeping beauty sayang,,
Anda memang seorang yang disayangi
Semua orang menyayangi anda, malahan anda dikurniakan kecantikan, dan hampir segalanya
Tetapi ketahuilah bahawa,
Muslimah kami tidak pernah tidur dalam amalnya,
Bahkan Muslimah kami tidak pernah tidur dan alpa dari mujahadahnya
Bahkan seusai lelap malamnya,
Muslimah kami terjaga dengan semangat dan harapan
Harapan untuk memulakan perjuangan yang lebih baik dari semalam
Tidak perlu Muslimah kami mengharapkan pertolongan seorang lelaki
Untuk mendamba cintanya dan menyelamatkannya dari kesedihan
Cukup Allah baginya untuk terus kuat dan tabah!


Sayang2 Rapunzel sayang,
Anda memang dikurniakan mahkota diri yang indah
Rambut yang panjang mengurai itu menjadi aset diri,
Tetapi ketahuilah bahawa
Muslimah kami itu indah kerana hijabnya,
Muslimah kami indah kerana tersembunyi menjaga maruahnya
Muslimah kami tidak memerlukan pujian untuk mahkota diri itu,
Kerana Mahkota diri yang indah itu hanya layak ditatap suami
Bukan ditatap percuma oleh lelaki2 asing.
Muslimah kami lebih rela menjadi seperti pohon semalu yang berduri
Dari kecantikkannya dinikmati oleh sang kumbang yang memerhati
Tersembunyi,terpelihara, dan sukar disentuh dan dimiliki
Malah melihat tawadduk dan perlakuannya sahaja sudah cukup
Untuk memanggil kita untuk bermuhasabah diri
Disanalah indahnya Muslimah kami!
 



Betapa lalainya dunia kita dengan hiburan2 semata tanpa bermuhasabah diri.Kita lebih mengambil karakter2 dari Barat sebagai contohDan berangan2 tanpa menyedari agama kita juga mempunyai contoh yang baik.Sehingga karakter2 ciptaan barat ini sudah menjadi sebati dalam diri kanak2 Islam hari ini.Ketahuilah bahawa, islam itu merangkumi segala aspek dan contoh hidup yang terbaik.

Kita lebih tahu tentang karakter Disney princess yang dongeng belaka dari menyedari Muslimah kita adalah watak terindah yang benar2 wujud!

subhanallah~
bangganya andai kita mampu menjadi seorang muslimah yang hebat bagaikan Saidatina Khadijah yang sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk perjuangkan Islam...
Saidatina Fatimah yang lemah lembut mendidik anak anaknya dan mengurus keluarga meskipun dalam kesusahan...
Zinnirah yang tangkas di medan peperangan..
Sumayyah yang sanggup bekorban nyawa demi mampertahankan aqidah yang satu..
subhanallah~

#wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment