Friday, 22 February 2013

Mak Nu bin Si Ya (^^,)


halo halo holla!! hye korang2..
arini aku nak share ngan korang tentang tafsir salah satu ayat daripada 
SURAH AT-TIN ayat yang ke 4 ni..


Tafsir Al Munir oleh Dr Wahbah Al Zuhaily pemberian atuk..

sebenarnya, di sebalik ayat ni sebenarnya ada satu kisah taw yang diceritakan oleh al Qurtubi dalam Tafsir Al Munir oleh Dr Wahbah Al Zuhaily pemberian atuk aku....

**********************
kisahnya berkenaan dengan seorang lelaki yang bernama Isa bin Musa.. dia memiliki seorang isteri yang sangat disayangi dan dicintainya.. suatu hari, dia berkata pada isterinya," jika engkau tidak menjadi lebih cantik daripada bulan, aku menceraikan engkau dengan talak tiga."

mendengar kata si suami, isteri terus menjauhkan diri daripada suaminya lalu dia berkata,"sesungguhnya engkau telah menceraikan aku." 

malam itu, suami tidak dapat meelapkan matanya, mungkin dia berasa amat bersalah terhadap isterinya.. 

keesokan harinya, dia bertemu dengan Khalifah al Mansur untuk menyatakan kerunsingan yang menggunung dalam kepalanya.. Khalifah al Mansur lalu memanggil para alim ulama' untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh lelaki ini.. Apabila ditanya pandangan mereka, mereka menjawab bahawa wanita tersebut telah tercerai dan jatuh talak..

Namun, dalam kalangan ulama' tu seorang daripadanya( sahabat Abu Hanifah) berdiam diri seakan akan sedang memikirkan sesuatu.. lalu Khalifah al Mansur bertanya padanya,"mengapa kamu tidak bercakap?" Ulama' tersebut lalu membaca Surah at Tin ayat 1-4 yang bermaksud: Demi (buah) tin dan (buah) zaitun, dan demi Bukit Sinai dan demi kota(Mekah) yang aman ini,  sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya..

Katanya lagi,"Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya manusia adalah sebaik baik kejadian dan tiada sesuatu pun yang lebih baik daripadanya"

Maka Khalifah al Mansur berkata kepada Isa bin Musa," kembalilah kamu kepada isterimu"

****************
Wow!! hebat betul ciptaan yang bernama manusia ni.. *kita letew~ hmm.. kita je yang jarang bersyukur kan? 
p/s: hebat, hebat jugak tapi jangan takbur dan sombong.. sifat sifat tu hanya milik ALLAH je..
wallahu a'lam~



1 comment: