Sunday 23 June 2013

Nak Taknak, Kena Tahu!!


syiah.. syiah.. syiah..
hurm.. kalo korang perasan la kan, sejak akhir2 ni bila bukak fb jpenuh newsfeed kte ngan citer2 sal syiah kan.... ~selain sebenanrnya saya isteri dia~ huhu~
sososo.. today I wanna share with u ollzzz pasai syiah ni skit la.. stakat ap yang ak pnah baca je..
kalo  ad salah plis komen la ye..


oke, kalo korang belajar pendidikan syariah islamiyah kat skolah, mesti tau apakah syiah sebenarnya kan~
syiah means pembantu..
syiah ni adalah satu pegangan akidah yang diasaskan oleh Abdullah bin Sabak..
ajaran syiah ni sangaaat lah bertentangan dengan akidah sunni..
sedikit mengenai Abdullah bin Sabak, dia adalah seorang Yahudi yang berasal dari Yaman..
dia datang ke Madinah semata mata untuk kepentingan politik time pemerintahan Saidina Uthman bin Affan..
Saidina Uthman tak layan dia.. 
jadi dia menyebarkan fahaman kepada masyarakat madinah bahawa
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."

masyarakat pon percaya sume ni.. n then bermulalah fahaman Syiah nii..
tak patut kan??

jadi, masalah Syiah ni tak sepatutnya diperkecil kecilkan lagi sebab ianya adalah satu masalah yang sangat besar kerana berkaitan dengan AQIDAH..
kalau AQIDAH pon hanyut ntah ke mana, bagaimana ngan amalan amalan kita??
adakah diterima oleh Allah??
pikirkanlah..


antara sebab Syiah ni dikatan masalah besar adalah kerana...

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) . --Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." . -

-Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha . -

-Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka . pelik kan??

-Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah . 

-Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti . 

-Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” . 

-Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong . 

-Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

sungguh pelik dan bertentangan dengan apa yang kita tahu selama ni..
urmm.. takut gak la nak masuk uni ni.. katanya kat uni nanti kita kena benar benar berhati hati sebab syiah ni pakaian diorang sama ngan kita.. orang islam.. nak masuk usrah ke apa, kena tengok dulu ahli2nya.. syok2 berusrah, tup tup tersalah pilih usrah Syiah plak!! diorang bukan bleh.. depe kan suka berTAQIYYAH~berahsia~

haa!! lagi satu.. kalo nak pilih belahan jiwa(pasangan hidup laa.. hehe.. terpengaruh ngan citer warkah cinta le nii..) pon sama jugak.. hati2 dan jangan tertipu dengan fahaman yang dipagang olehnye.. siasat dlu.. paling kurang pon tanya orang2 yang rapat dengan dia tuh.. jangan dah kawin, menyesal seumur hidup!! huu... matilah klo camtuu... nauzubillahi min zalik~ mintak dijauhkan laa..


ni ada satu kisah yang diceritakan oleh syeikh Ahmad Deedat.. ada la orang share kat fb versi melayu punye..

Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.

 Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.

 Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

 Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?" 

Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"

 Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

 Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?


see?? ringkas dan mendalam maksud kisah ni kan?? diorang tau je Syian bukah daipada zaman Rasulullah saw, tapi peliknye diorang still pcaya ngan fahaman tuh.. haih.. heran2..

oke.. macam mana korang nak kenal orang2 syiah ni?? diorang kan berpakaian sama ngan orang sunni biasa kan.. apa bezanya??

first, tengok solat diorang.. aku ade la pernah tengok video cara diorang sembahyang.. waktu diorang sembahyang, diorang akan letak satu batu warna hitam kat tempat diorang sujud.. nama batu tu batu karbala' ~apa motif pon tataw~ pastu, yang ni lawak.. diorang angkat takbir first tu, diorang akan goyang goyang tangan atas bawah atas bawah *cam tahape je* hehe.. last yang aku tahu la, akhir solat diorang tak bagi salam tapi diorang akan tepuk paha 3 kali. pelik kan?? selalunya diorang takkan sembahyang kat masjid berjemaah ngan orang sunni sebab solat diorang ada 3 waktu je.. *mse bila la Rasulullah naik langit lagi skali untuk mintak diskaun* apaaaraaa!!!

second, diorang akan ada satu hari perayaan.. tak silap namanya hari karbala'..
masa hari ni, diorang akan mencederakan tubuh badan diorang.. bukan tubuh badan diorang sniri je, anak2 diorang yang masih kecik pon diorang pukul sampai berdarah darah jugak... tujuan?? untuk ampunkan dosa!!! haih.. apala.. dalam islam, Allah larang taw kalau kita nk mencederakan tubuh badan.. nak hapuskan dosa cukup la dengan bertaubat.. perlu ke sampai cederakan diri?? huk aloh diorang nii... amendee laa..

third, diorang kan percaya dengan imam 12 kan.. so bila msuk rumah diorang kita akan nampak gambar2 imam 12 ni bergantung je kat dinding.. haa!! kalo iman tak kuat, jauhilah diorang.. takut terjebak karang, payah!! kalau mampu tarik diorang, bagus gak.. tapi ilmu mesti mau manthop la dulu ye.. ^^

urmm.. ap lagi ek?? haha.. x engat dah.. xpe laa.. skurang2nye korang dapat la jugak sikit sebanyak *sikit jee* info kat sini kan.. hehe..

sebelum terlupa, untuk pengetahuan ampe la kan, air minuman ECPI yang mahal tuh adalah air minuman Syiah!! Syiah adalah sponsor terbesar air tuh.. ^^ boikot la ye.. hehe..


ini je yang aku tau pon.. nak  tahu lebih banyak usha2 la blog orang2 lain plak ye.. 
andai slah. mphon tunjuk ajar la ye..

nothing to say more kot.. haha~ last, ni maybe post last sblum masuk uni kot.. 
so, mintak doakan Suhailah Khaizuan ni belajar sungguh2 n mampu jadi DOCTOR OF UMMAH, HEAL THE BODY AND HEAL THE SOUL.. insyaAllah.. if Allah wills~

No comments:

Post a Comment