Tuesday 19 March 2013

CUAK!!!!!


uhuk2..
ehem.. sori~ terbatuk plak..
hoho.. biasa la, orang tengah demem memang cegitu..
nak tahu demam ap??

SAYA DEMAM SPM!!!

hmm.. 
baru RESULT SPM  yang nak keluar dah cuak semacam, 
belom lagi RESULT AMALAN kita sepanjang di dunia yang fana ni..

ok la, post kali ni hanya nak memohon doa daripada kalian semoga kami amnya batch 1995 adalah batch terbaik dalam sejarah SPM sedunia!! h0h0.. terover plak.. ok, khasnya bagi kami pelajar2 SMKA KERIAN agar tidak menghampakan harapan ibu bapa dan guru2 kami yang bertungkus lumus demi kejayaan kami.. pengorbanan mereka amtlah kami sanjung dan syukuri..

SAYA BANGGA JADI ANAK KHAIZUAN DAN HABIBAH..

dan..

SAYA BANGGA JADI ANAK DIDIK GURU2 SMKA KERIAN..

all the best yea untuk korang semua!!

need motivation??
watch this vid..


oke, bi taufiq wannajah!! =3

Tuesday 12 March 2013

Milenge2 vs 3 Idiot??

hye kengkawan!!!
semalam kan.. kami kan.. tengok kan..
citer INDUSTAN!!! huhu.. jeles x?? hehe.. aq tngok citer ni...


ngan..


hihi.. best taw dua2 citer nii..
ada banyak sebab taw kami suka ssuatu cita ni..

MILENGE2 

aku tengok bb hero ngan heron dia kiut miut..
Shahid kapoor ngan karena kapoor kot!! mmng osem lah!! hehe..
 tp, skali tengok je, dh malas nk tengok kali ke 2..
sebab ap??
sebab aku nilai cita tu bdasarkan PENAMPILAN pelakonnye je..
pengajarannye x bnyak pon y aku dapat kutip~ hurm..

tapiii...

3 IDIOT

 aku tengok bb bnyak pngajaran y ak dapat drpdnya..
 tmasuk harini bukan berkali2 ak tngok citer tu tp dh PULUHAN kali dh aku tngok citer tu..hehe..
dan AKU TAK PERNAH BOSAN tengok citer tuu..
sampai lam fon pon ade citer tuu.. hehe..
 stiap kali ak tengok, mesti ad suatu bnde baru y ak plajari..
dan bnayk pengajaran y ak kutip lam citer tuu..
dan y pnting "ALL IS WELL"... hehe~

dan petikan yang pleng aku ske lam cite tu... Rancho ckap.....

"that day I understood this heart scares easily... you have to trick it... however big the problem, tell the heart ALL IS WELL..."

ssuai la ngan keadaan aku skang y tngah mnggelabah tunggu result nih.. hehe.. lpas ni, klo rase takut, kate kat hati, ALL IS WELL.. ALLAH ADE~ bak kata cikgu Chemistry aku, cikgu Wahida "keyakinan adalah satu doa yang penuh dengan pengharapan.." huhu..

oke la.. sampai disini saja.. doakan ak yea utk result nnty.. 

...YOU HAVE DID YOUR BEST.. LET ALLAH DO THE REST...


Sunday 10 March 2013

si Pokok Epal~



#kisah ni aku amik kat satu blog ni semata mata nak share ngan korang taw.. baca,, fahami,, hayati,, dan renung renungkanlah~


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. 
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya. 
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu. 
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu. 

 Waktu terus berlalu. Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya. 
 Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu. 
Wajahnya nampak sedih. 
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu. 
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
 "Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.
” Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . 
Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. 
Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. 
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. 
Pohon epal itu kembali sedih. 

 Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi. 
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
 “Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal. 
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
 “Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?” 
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu. 
 Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
 Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. 
Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. 
Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih. 

 Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi. 
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya. 
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal. 
“Aku sedih” kata anak lelaki itu. 
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?” 
 “Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “ 
 Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. 
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu. 

 Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian. 
 “Maaf anakku” kata pohon epal itu.
 “Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.” 
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
 “Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
 “Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu. 
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata. 
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
 “Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu” 
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.” 
 Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon. 
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya. 

 Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua.??
 Pohon epal itu adalah ibu bapa kita. 
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita. 
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. 
 Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia. 

Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu, 
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita. 
 Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. 
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. 
 Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. 
Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya. 
 Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat 
 Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda. 
 Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..

balaslah jasa mereka semampunya kerana jasa ibu bapa tak cukup untuk kita balas dengan kenikmatan dunia..



Friday 1 March 2013

Result?? (-_-)



hohoho..
pejam celik pjam celik (alhamdulillah idop lagi) countdown utk result SPM tak smpai 

20 HARI JE LAGI!!!

huhu.. aku risau~

baiklah, lam masa yang ada ni, meh le kita sesama bedoa pada ALLAH swt sbb hanya DIA yang tahu apa yang bakal blaku nanti..
huhu..

Doakan saya yea~ =3

layann vid nih~ hihi..