Saturday 28 January 2012

Study Biology..(^^,)

 
 
hey sume!!
i'm coming!!heheh..

hmm..nk cakap sal ape ye??
oke2..nak cakap pasal BIOLOGY la..
hmm..korang minat bio x??
km suke sangat bio sebab ia saaaaaangaaat berkait rapat dengan kajian terhadap tubuh badan kita..

nak cakap tentang tajuk yang baru kami belajar, iaitu tentang 3 BENTENG PERTAHANAN DALAM BADAN MANUSIA...
haa..korang taw tak dalam badan korang ada spesyel punya 'askar' yang ALLAH ciptakan dalam badan kita ni..
hmm..
dahsyat kn??
meh kita kaji...
 
BENTENG 1

benteng ni biasa-biasa jer sebab dia menghalang pathogen daripada masuk dalam badan kita..
contoh benteng 1 ialah kulit(skin)  dan mukus(mucus)..
ok, taw x ap contoh mukus tu?? haa..contohnye air liur dan air mata kita..
mukus ni mengandungi bahan bahan kimia yang mampu menghapuskan pathogen tu sume..
terer x?subhanallah..

BENTENG 2

oke, benteng yang kedua ni plak lebih tertumpu kepada function leucocytes iaitu sel darah putih.. nie gambarnye..





dalam pertahan yang kedua ni, sel darah putih yang terdapat kat bahagian luka atau mukus yang dah diserang oleh pathogen akan menjalankan tugasnya..
dalam keadaan macam ni, sel darah putih akan melingkari pathogen2 tu guna dia punya False Foot dan menelannya..
hmm..apa jadi lepas tu??
haa.. sel darah putih tu akan secrete enzime yang menyebabkan pathogen pathogen tu mati..
WaAw..dahsyat kn??
hmm..apa jadi kalau sel darah putih pun tak dapat halang pathogen tu??
haa..ni la gunanya sistem pertahan yang ketiga...

BENTENG 3

Bila sampai ke peringkat ke tiga ni, rupanya pathogen ni akan bebaskan antigen yang akan meransang LYMPHOCYTES kita untuk menghasil kan antibodi..
antibodi yang bersifat spesifik ni seterusnya akan menyerang semua antigen tu membentuk 'antigen-antibody complex'
 @spesifik= antibody ni boleh menyerang antigen jenis yang meransang penghasilannya je. kalau antigen jenis lain masuk, antibodi jenis lain pulak akan dihasilkan..
dahsyat tak??
subhanallah..

oke, stiap yang ALLAH jadikan ni adalah kerana nak suruh manusia berfikir, kan??
sekarang,  apa yang kita dapat fikir daripada penciptaanNYA ni??
meh kita tengok..

(^^,)  ALLAH menjadikan manusia ni sebaik-baik kejadian..
cuba kita renumgkan betapa banyak sistem imunisasi yang ALLAH bina kat dalam badan kita ni kan? tapi, pernahkah kita perasan akan semua ni?
ALLAH pun dah berfirman...

sesungguhnya kami telah mnciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian
~atTin 95:4~
 
subhanallah..alhamdulillah..
 
(^^,) Pentingnya kerjasama..

kita tengok tadi, ketiga-tiga sistem pertahan ni saling bekerjasama antara satu sama lain kan?
bila satu sistem gagal, sitem seterusnya meneruskan perjuangan...
itulah gunanya sahabat...apabila sahabatnya gagal atau merasa lemah, dialah yang menguatkan sahabatnye..
ukhwah..satu perkataan yang mudah diucap, namun sukar ditemui..


so, meh kita amalkan Prinsip AB nih..

A mbil yang baik

B uang yang keruh...(^^,)

kawan yang ada semasa kita gembira banyak sangat.. tapi, kawan yang ada semasa kita sedih atau memerlukan bantuan susah sangat nak jumpa..

betul la orang cakap, sahabat ketawa banyak tapi sahabat menangis jarang ditemui..
hmm.. setakat ni je la kot..
wallahu a'lam..

Thursday 26 January 2012

Hari Jumaat..


Assalamualaikum semua..apa khabaq?? semoga kawan kawan sentiasa sihat la yer..
yang skit demam ke, toksah sedih sedih.. tu semua ujian daripada ALLAH nak tengok kita ni sabar ke tak dengan ujian daripadaNYA... sabar ye..

oke.. tadi kami bukak la fb..search punya search punya search..tetiba kami jumpa cerita yang berkaitan pasal hari jumaat..haa.. hari ni kan hari jumaat.. nak tahu apa yang kam jumpa?? ni dia>>

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.

haa... crita pasal selawat nabi...
so lpas ni, selaula berselawat ke atas nabi..
nak tahu tak rahsia selawt ni??
kami pernah la dengar ustaz kat sekolah kami cakap, semasa amaln kita ditimbang dengan mizan kat akhirat nanti, ada yang timbangan kebaikan nya banyak dan ada yang sedikit..dan ada pula yang sama banyak..
jika amalan kita sama banyak, nabi Muhammad akan meletakkan serbannya kat sebelah timbangan kebaikan orang tu.. maknanya.. timbangan kebikan akan jadi lebih berat la kan?? kalau timbangan sebelah kebaikan banyak, apa lagi..syurga la jawabnye..

so..moral of the story.. selaluah berselawat keatas Nabi kita Nabi Muhammad Saw..
tak rugi kan?? kepada sahabat sahabat muslimat kat luar sana, jangan ingat mse kita ABC(ALLA bagi cuti) tu, kita tak boleh beribadat langsong... selawat dan bezikir adalah antara amalan yang amat digalakkan pada masa masa macam ni.. amalan ni bukan sahaja dapat jadi pelindung kita semasa di dunia malah mampu memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti...

Wallahu a'lam...

Wednesday 25 January 2012

Solat..



Suatu petang di Kolej ..


Azman : "Kau perasan tak budak perempuan tu ? yang pakai jubah tu ."
Khairi : "Oh.. aku kenal budak tu.. satu kelas dengan aku. Dia tu tak banyak cakap dalam kelas. Yang tu aku tak pelik la.. tapi yang aku peliknya , ada waktu2 tertentu, mesti dia kelam kabut. Resah tak tentu pasal"


Azman : "Ye ke ? OoOo.. patutlah bila aku terserempak dengan dia , dia macam nak kejar sesuatu."


Tiba-tiba datang seorang gadis menyapa..


Liza : "Assalamualaikum ! apa yang kamu berdua bincangkan ni ? macam serius saja."
Khairi : "Kami bertanyakan hal berkenaan seorang perempuan yang pakai jubah tu Liza.. satu kelas dengan aku." "emm..kau kenal dia ?"
Liza : "Ooh..budak tu.. dia roommate aku .. mestilah aku kenal"
Azman : "Boleh tak aku nak tahu ? kenapa ada waktu2 tertentu , contohnya macam pukul 1.30, dia mesti tergesa-gesa . Nak kejar sapa?


Liza : "hemm.. untuk pengetahuan kamu berdua , waktu2 yang kamu maksudkan itu, adalah waktu solat.. tiap kali waktu solat, dia mesti nak pergi surau awal.


Khairi : "bagusnya.. emm.. tapi kenapa dia tak banyak cakap dalam kelas? dalam bilik kau , dia banyak cakap tak ?"


Liza : "Tak banyak jugak.. tapi ada lah juga dia bercakap2 dengan aku.. tapi tiap2 malam aku selalu dengar dia mengaji.. aku rasa , dia banyak bicara dengan ALLAH.."


Ketiga-tiga kawan tersebut diam seribu bahasa.. dalam hati mereka berkata, 'subhanallah.. terharunya aku melihat hamba ALLAH ini yang sgt mencintai ALLAH'..


Ketiga-tiga tersedar dari lamunan dan terus tengok jam, ya ALLAH, nak masuk maghrib. JOm2 solat ! 


Assalamualaikum...(^^,)

Hye sume.. hmm..post first..heheh..tak tahu la nak cakap apa..
Oke, blog first dan pngalaman second uruskan blog..hmm..agak agak boleh ke ek uruskan blog sendiri? hmm..ntah la.. belum cuba belum tahu kan?? haha..
Sebenarnye tak la minat sangat nak buat blog..ramai sangat kawan suruh buat blog, buat je la kan??
tak baik hampakan hati orang..hik3..



Blog ni maybe banyak pasal Sains kot..hehe..kami minat Sains..hampe semua minat tak Sains?
Sebenarnya sains ni best sangat.. tahu tak sebab apa??
sebab.. sains adalah satu perjalana mencari tuhan sebenarnya..
kalau korang nak tahu, ramai saintis barat kat luar sama dah masuk Islam sebab diorang jumpa sesuatu yang begitu hebat dalam kajian diorang.. nak tahu apa yang diorang jumpa??
ALLAH!!

haa... ingat, semua kejadian sama ada kat muka bumi atau kat cakerawala sana, semuanya ada satu kuasa je yang mengawalnya..iaitu ALLAH..subhanallah..


…HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH…(^^,) ♥ ALLAH...

so..kita hidup ni, perlulah besederhana..jangan bongkak dan takbur sebab sifat tu hanya sesuai untuk ALLAH jer..

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong, takbur lagi membangga diri."
(Surah Luqman 31: 18)

haa!! satu pesanan, kepada rakan rakan kat juar sana yang ilmunya lebih hebat daripada kami, tolong tegur kalau ada salah silap dalam penulisan kami..ingat, kami manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan..I need nasihat..

wallahu a'lam..