Tuesday 26 February 2013

H=O=B=I satu hiburan..

hye..
araini, aku nak share ngan korang korang tentang hobi..
siapa ada hobi?? cer angkat tangan skit nak tengok..
waa.. ramainye ada hobi..
sonok kan bila ada hobi.. masa tak terbuang camtu jee..
ok, harini aku nak share ngan korang korang tentang hobi khatimunnubuwwah kita, yakni Rasulullah SAW..
gamba ni aku jumpe kat fb je, pastu rasa rugi la kan kalau tak share ngan orang lain..





berhibur, berhibur jugak.. yang penting jangan lupa ALLAH,, 
syariat pon kena jaga~
=3

Friday 22 February 2013

Mak Nu bin Si Ya (^^,)


halo halo holla!! hye korang2..
arini aku nak share ngan korang tentang tafsir salah satu ayat daripada 
SURAH AT-TIN ayat yang ke 4 ni..


Tafsir Al Munir oleh Dr Wahbah Al Zuhaily pemberian atuk..

sebenarnya, di sebalik ayat ni sebenarnya ada satu kisah taw yang diceritakan oleh al Qurtubi dalam Tafsir Al Munir oleh Dr Wahbah Al Zuhaily pemberian atuk aku....

**********************
kisahnya berkenaan dengan seorang lelaki yang bernama Isa bin Musa.. dia memiliki seorang isteri yang sangat disayangi dan dicintainya.. suatu hari, dia berkata pada isterinya," jika engkau tidak menjadi lebih cantik daripada bulan, aku menceraikan engkau dengan talak tiga."

mendengar kata si suami, isteri terus menjauhkan diri daripada suaminya lalu dia berkata,"sesungguhnya engkau telah menceraikan aku." 

malam itu, suami tidak dapat meelapkan matanya, mungkin dia berasa amat bersalah terhadap isterinya.. 

keesokan harinya, dia bertemu dengan Khalifah al Mansur untuk menyatakan kerunsingan yang menggunung dalam kepalanya.. Khalifah al Mansur lalu memanggil para alim ulama' untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh lelaki ini.. Apabila ditanya pandangan mereka, mereka menjawab bahawa wanita tersebut telah tercerai dan jatuh talak..

Namun, dalam kalangan ulama' tu seorang daripadanya( sahabat Abu Hanifah) berdiam diri seakan akan sedang memikirkan sesuatu.. lalu Khalifah al Mansur bertanya padanya,"mengapa kamu tidak bercakap?" Ulama' tersebut lalu membaca Surah at Tin ayat 1-4 yang bermaksud: Demi (buah) tin dan (buah) zaitun, dan demi Bukit Sinai dan demi kota(Mekah) yang aman ini,  sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya..

Katanya lagi,"Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya manusia adalah sebaik baik kejadian dan tiada sesuatu pun yang lebih baik daripadanya"

Maka Khalifah al Mansur berkata kepada Isa bin Musa," kembalilah kamu kepada isterimu"

****************
Wow!! hebat betul ciptaan yang bernama manusia ni.. *kita letew~ hmm.. kita je yang jarang bersyukur kan? 
p/s: hebat, hebat jugak tapi jangan takbur dan sombong.. sifat sifat tu hanya milik ALLAH je..
wallahu a'lam~



Wednesday 20 February 2013

Self Confidence!!



halooo.. hai3..  hmm~ lame btol tak updae blog ni~ k.. tanak cakap panjang, aku nak share ngan korang korang sume berkenaan sikap manusia nih..
haa.. kalau korang sume prasan la kan, semua orang ada identiti mereka sendiri~
yang hensem, ngan rambut terpacaknye, yang comel ngan perangai keanak anaknnye, dan banyak lagi..
ALLAH swt telah berfirman:
mafhumnya: Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya. 
(at Tin 95: 4)

hmm.. kalao korang nak tahu la kn, aku dulu sangat sanagt sangat sangat lah KURANG KEYAKINAN DIRI.. haa.. nak taw sebab utamanye??
tengok gamba ni..


hehe.. korang paham kn?? hehe.. tu la sbabnye.. sampai nak cakap kat depan aku malu, nak berkomunikasi ngan kengkawan aku malu, malah nak jumpa cikgu pon malu.. hmm.. nak jadi apa la aku ni kn??
siap berangan lagi nak pakai pendakap gigi, nak buat rawatan wajah dsb.. hehe~ tahape hape je..

sampai lah suatu hari, aku tengok tv tak ingat la apa nama rancangan nye, tapi penyampai ceramah tu seorang ustazah.. nak dijadikan cerita, dalam rancangan tu ada seorang perempuan ni bertanya satu soalan kat ustazah tu.. bunyinya lebeyh kurang cegini laa..

"Ustazah, saya mempunyai masalh kurang keyakinan diri. Hal ini kerana saya mempunyai penampilan yang kurang menarik dan saya sering berfikiran negatif apabila mahu bertindak. Jadi, soalan saya ialah apakah tindakan yang patut saya ambil bagi menangani masalah ini??"

gedebuk!!
terasa sperti ustazah tu jatuh atas aku *merepek..  haha.. 
KENA BATANG IDONG SNIRI..

jadi, jawab ustazah tu " ORANG YANG KURANG KEYAKINAN DIRI, SAMA SEPERTI KITA KURANG KEYAKINAN TERHADAP PENCIPTA DIRI ITU, YAKNI ALLAH.."

hmm.. bila dengar jawapan ustazah tu, baru aku sedar yang kayakinan diri ni sangat penting.. sebabnya diri kita ni milik Allah, Allah yang menciptakannya dan Allah sahaja yang mengetahui kehebatan ciptaannya itu.. jadi, kita sebagai peminjamnya mestilah memanfaatkannya dengan sebaik baiknya.. sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmah setiap ciptaannya.. spt dalam firmannya:


Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
(al Baqarah 2:216)

mungkin ap yang kita tak suka tu mendatangkan kebaikan kepada kita dan mungkin apa yang kita suka tu adalah mudarat bagi kita.. sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui.. redha dan tawakal yea~

lpas ni, jangan kurang keyakinan diri dah taw.. kita kena yakin yang Allah sentiasa setia ngan kita, sama ada kita buat kebaikan atau kejahatan.. kalau kita buat kebaikan, DIA akan bantu kita dan bila kita buat kejahatan, DIA akan tegur kita dengan cara caraNYA tersendiri..

JUST BE YOURSELF AND NEVER GIVE UP!! 
CIPTAAN ALLAH SWT ADALAH YANG TERHEBAT!!
yakinlah~