Friday 16 March 2012

sPm (~_~)

 
 
"kak Su ni tak habih habih bukak facebook.. nak spm dah ni..dah bulan tiga dah"

zuuup!! huh~ kata kata itu sungguh menusuk jantungku..
spm?? dah bulan 3??
hohoho..biar benor!!
haha... cam x caye je..
hmm...
aku nak spm dah..haha..heh~
 
 
spm..penentu masa depan ku di dunia.. nak kerja orang mintak result spm, balik kampung opah mesti tanya pasal spm, pergi sekolah cikgu cakap pasal spm, duduk kat rumah pun mak dengan abah cakap pasal spm..
huh..pentingnye spm nie...
 
belajar kerana spm atau kerana ALLAH?
Ramai yang mengakau yang dia belajar kerana ALLAH.
hmm.. sedar atau tak, sebenarnya ramai antara kita ni belajar kerana spm kan?
sampai.. ramai yang sanggup meniru waktu periksa, ramai yang seronok bila cikgu bagi soalan bocor, ramai yang sanggup "suap" cikgu semata mata nak result yang TERBAEEK...
sedar tak apa yang kita buat ni sebenarnye berdosa dan seakan akan kita ni belajar bukan kerana ALLAH..

waktu periksa, ade yang tulis nota kat meja, tapak tangan, lengan, baju dsb..
sebenarnya kita TAK JUJUR PADA DIRI SENDIRI!!
kita tipu diri kita, kita tipu cikgu, kita tipu MAK ABAH...
ish3...na'uzubillah...
 
jangan berhenti menuntut ilmu walaupun otakmu akan jadi hangus macam tengkorak ni..
 
oke, apa tujuan sebenar peperiksaan tue?
haa!!betul tu..sebagai ujian..
nak uji sama ada kita faham atau tak apa yang kita belajar kat sekolah..
sama ada ilmu yang cikgu tabur tu kita kutip atau biarkan je..
sama ada gelombang ilmu yang cikgu sebarkan diserap kedalam ilmu atau tak..
sama ada kita amalkan atau tak ilmu yang kita dapat..

memang kadang kadang kita tak faham apa yang cikgu ajar..
kadang kadang cikgu ajar tak "best"
kadang kadang ngantuk
kadang kadang teringat mak ayah

TAPI, kita ada tugas, amanah yang besar iaitu MENUNTUT ILMU!!

menuntut ilmu adalah FARDHU bagi setiap orang islam...

so, apa lagi? jomla kita BELAJAR KERANA ALLAH..
cuba kita ikhlaskan hati kita..
 

belajar kerana ALLAH, dan result SPM sebagai bukti yang kita pergi sekolah, habiskan duit mak abah, buang masa mak abah nak hantar kita ke sekolah adalah untuk BELAJAR!!!
bukan untuk COUPLE, bukan untuk JADI PELAJAR BERMASALAH, bukan untuk BERSUKA RIA...
taw3...(^^,)

jangan la siyes sangat..
sebenarnye kami just geram je dengan sesetengah kawan kawan dan adik adik kat sekolah kami tu yang sanggup menyusahkan mak ayah datang tengah malam sebabnye, buat MASALAH DISIPLIN!!
geram benor!! kadang kadang kesian tengok mak ayah diorang...
tak dapat bayang betapa malunya mak ayah diorang..
huh~

mak, abah...
kak su seronok sangat bila tengok senyuman mak abah bila buka result periksa kak su..
rasa berbunga bunga hidup..
mak, abah.. kak su akan dapatkan jugak 11A+ SPM nanti..
kak su teringin nak tengok MAK dan ABAH menangis kegembiraan dan peluk kak su bila amik result periksa... kak su nak banggakan mak ngan abah...kak su nak buktikan yang kak su pergi sekolah, kak su BELAJAR...
 
 
semoga 11A+ menjadi milikku...
insyaALLAH...
(dengan izin ALLAH)
 

Chumilllnye...

 
hmm..menariknye komik nie!! suke3..
korang taw tak, tadi kami ade baca satu komik nie..menarik sangat sangat sangat sangat....
berapa banyak sangat daa..hehe..

korang nak bace jugak..meh kita baca sesama..




hmm...camne??
comelkan katun tu..
pngajarannye pon comel jugak, kan??
semoga dengan membaca komik nie, kita sama sama dikurniakan hidayah oleh ALLAH dan dijauhi daripada hasutan syaitan laknatullah yang selalu nak menyesatkan manusia tu..
insyaALLAH...






Tuesday 13 March 2012

Cinta zaman sekolah...(^^,)

 
ketemu lagi...
cuti cuti ni baik kami penuhkan post-post kat blog ni kan?nanti balik asrama rindu pulak..hehe..
hmm..harini kite nak bincang pasal ape pulak ye??
hmm...think3...

orait!!nak share ngan korang pasal suka atau cinta zaman sekolah..
haha..korang yang dok baca ni pon msti pernah rasa kan??
hehe..

hmm.. bagi kami la kan, suka kat berlainan jantina ni tak salah pon sebab bende tu fitrah..
setiap manusia yang dilahirkan dianugerahkan rasa cinta..
cinta pada ALLAH, cinta pada RASULULLAH, cinta pada IBU BAPA, cinta pada SAHABAT, cinta pada HARTA BENDA, dan banyak lagi...
kita tak dapat mengelak daripada rasa cinta tu...
 
sebenarnya cinta yang ALLAH bagi kat kita ni hanya SIKIIIIT sangat berbanding cintaNYA..
 
MEMANG!! tak dinafikan hati dan jiwa remaja kita ni selalu sangat diusik dengan rasa "cinta" pada "si dia" kan?? Terutama kalau "si dia" tu sekelas dengan kita..uish..TAK TERTAHAN..hehe...
asyik rase nk usha jer.. tengok apa yang "si dia" tengah buat, pakai baju warna apa, pastu perasan sorang-sorang... bila "si dia" tak masuk kelas sibuk fikir kemana "si dia" pergi...ish3..cam bini dia jer... haha... cam berpengalaman je..hehe..
 



 
aritu kami ade la baca kat satu blog ni cakap pasal zina. yang kami inagt la, zina ni ada banyak. Antaranya:
1. Zina mata
2. Zina hati

Rasenye ramai dah tahu kan zina mata ngan zina hati tu macam mana.. First, zina mata tu ditakrifkan sebagai melihat seseorang yang berlainan jantina dan membayangkan macam-macam. Contohnya susuk tubuh, dll... Dasyat kan, hanya dengan melihat kita dah dikira berzina... na'uzubillah...

Yang kedua pulak zina hati. Zina hati ni pon boleh tahan dasyatnye jugak. Zina hati ni berlaku bila seseorang merindui seseorang lelaki atau perempuan yang bukan muhrimnya. Bila berseorangan kat dalam bilik masa nak tidur, tiba-tiba teringat "si dia"... haa...kalau jadi macam tu, cepet cepat istighfar ye sebab keadaan tu dah dikira berzina bila kita melayan perasaan tu... na'uzubillah...


hiasan jer...

hAa!! one more thing!!
ade antara kita nie suka citer kat orang kan kalu dia admire kat sesapa kan..btoi tak?
disini dinasihatkan janganla citer kat sesapa kalau kita suka kat someone..
tak berapa elok sebenarnye..
 oke2..kami bagi satu situasi ni...
cuba bayangkan kita suka kat seseorang. Then kita dengan tak tahu malunye bagitahu kat kawan kawan kita. Entah macam mana tetiba lelaki tu dapat tahu yang kita suka kat dia melalui kawan kita tadi tu. Dalam masa yang sama dia memang amat tak suka ngan kita dan dia kutuk kita depan kawan kita tadi. "perempuan tak tahu malu" jadi gelaran kita. 

agak-agak la kan, kita malu tak nak bersemuka ngan kawan-kawan kita dan "si dia" tu.. mesti malu, kan? ish3...na'uzubillah....
tak silap kami tahun lepas kot ade sorang akak ni dia nasihat kat kami:
"Sue, kalau Sue ade suka kat seseorang, better Sue rahsiakan sebab selagi Sue rahsiakan, selagi tu Sue dikira bermujahadah melawan nafsu. Syaitan ni ada macam-maam cara nak sesatkan manusia"
sejak daripada tu, kami berazam tak akan bagitahu kat sesapapun tentang "si dia" yang bertakhta di hati... acece...hehe..gataiii...

kami tertarik dengan kata-kata ni:
♥ Jodoh itu rahsia Allah, sweet kan Allah bagi kita surprise.. ♥

sukenye suprise!!hehe..

 p/s:
* no couple
* no zina hati
*jaga aurat











Saturday 10 March 2012

Tudung & Aurat..

 
hey sume!!windu kite x?? hehe...lamenye x balik umah..haha..
hmm..post kali ni kami nk share ngan korang pasal tudong la pulak...
 


 
hmm...kita ni wajib ke bertudung?soalan yang amat kerap kita dengar..
sebenernya kita tak wajib pun bertudung..haa...kita memeng TAK WAJIB BERTUDUNG, tapi kita WAJIB TUTUP AURAT...hmm...macam firman ALLAH dalam firmannya yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang BERIMAN, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan perhiasannya (AURAT) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklan mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya...."

~an-Nur 24:31~

hmm..jelas tak? dalam ayat nie, ALLAH memerintahkan kepada perempuan yang BERIMAN agar memelihara auratnya daripada terlihat oleh leleki yang bukan mahramnya. Dalam ayat ni jugak, ALLAH menyuruh kita melabuhkan kerudung agar menutupi dada, kan? haa...sooo..tak kisahlah kan kalau kita tak nak pakai tudung pun..kalau teringin nak TUUP AURAT dengan pakai tudung periuk ke, tudung saji ke, tudung botol ke, silakanlah..asalkan menepati 3 syarat nie..

1. Menutupi dada
2. tak jarang
3. tak ketat

senang kan? 
taw tak siapa muhrim kita?
1. suami (x de lagi)
2. ayah
3. ayah suami
4. anak anak
5. anak suami (kes poligami)
6. anak saudara leleki
7. perempuan seislam
8. hamba sahaya (x de dah sekarang ni kat Malaysia)
9. Pelayan lelaki yang dah tua dan dah tak ada keinginan terhadap perempuan
10. kanak kanak yang tak tahu apa2 pasal aurat

ramai yang tanya,: dengan sepupu tu aurat ke??
mestilah..sebab diorang ni dikira saudara yang jauh dengan kita..
nak kawin dengan diorang pon boleh~hehe~
kalau korang nak tahu, perempuan yang dah sangat sangat tua pon auratnya  sama cam perempuan perempuan biasa. Bahkan mayat perempauan sekalipun kita still kena jaga aurat diorang.haa..betapa islam jaga maruah seorang perempuan...bersyukurlah wahai sahabat muslimat ku..
 meh kita baca dialog antara sweet husband n wife nie:

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)


Jelas kan betapa ALLAH nak jaga maruah kita..uish..banggenye...
sebenarnye tudung nie bukan terbukti kesannye dari sgi fizikal je, malah dari segi medik pon, dah dibuktikanyang perempuan AMAT perlu bertudung...

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC ^^

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji ^-^ ) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belaka...ng telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

Haa..spesyel tak sorang perempuan?
Hebat demo...(versi klate)

Kat sini pon kami nka share la camne akhirnye kami bertudung labuh...hehe..
Kalau korang nak tahu, kami ni jenis Keras hati..hehe... kami suuuuusah sangat nak terima teguran dan berubah.. memang pesen (prangai) kami sejak kecik..haha...taw tak sebab apa?? sebab kami MALU... takut orang tegur...SUKA DENGAR CAKAP ORANG...haha..

5 Tahun
bersekolah kat Taski Abim, mestilah kena pakai tudung. Keluar je dari kawasan sekolah, terus bukak tudung.. hemm..biasalah..budak budak...haha..

6 Tahun
Bersekolah kat Tadika kemas...jap pakai tudung, jap tak pakai..ikot mood..hehe..trok kan?uish3..

7 Tahun
Haa..dah masuk darjah satu...dapat kawan yang baik..namenye, Nor Asilah Solehah..hehe..best kawan dengan dia..bila tengok dia, segan kalo tak pakai tudung...bila dia tak de, bukak la tudung...uish3..tak ikhlas btoi kan?haha..kat rumah jangan cakap la... no Asilah, no tudung...hehe..

8 Tahun
Sama je macam 7 tahun.. still tak de kesedaran..

9 tahun
Pernah sekali ustaz tanya, "sape kat rumah, dia pakai tudung?"..hehe..dengan bangganye kami menipu ustaz dan angkat tangan sebab masa tu pun kami still tak pakai tudung..masa tu, kami nampak ustaz senyum je..dalam hati, 'ntah ntah ustaz tahu aku tak pakai tudung'...hehe..

10 Tahun
Mula ada kesedaran nak pakai tudung. hehe..tetapkan had, keluar daripada halaman rumah, kena pakai tudung..

11 Tahun
Had tak perlu pakai tudung bertambah kecik iaitu sampai kawasan garaj rumah je..hmm..better la kan??hehe..

12 Tahun
Fully pakai tudung. Tapi tudung bawal biasa tu je la. Stoking jangan cakap la..tak terfikir pon nak pakai..padahal tahu yang aurat tu SELURUH TUBUH BADAN KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN..uish3..

13 Tahun-17 Tahun
Alhamdulillah... kami terpilih jadi salah sorang pelajar baru kat SMKA Kerian. Kat sana, kami rasa seronok sangat bila tengok semua pakai tudung labuh dengan lengkap bersetoking. Sejuk je hati. Disebabkan semua pelajar muslimat wajib pakai tudung labuh dengan setoking, kami pon apa lagi, ikut je lah.. hmm.. tak sangka, bila pakai pakaian macam tu, rasa terjaga sangat sangat. Nak buat apa pun, rasa selamat je..
Balik rumah, kami try la sikit sikit pakai tudung bidang labuh..mula mula memang janggal sebab ramai pandang pelik je..hehe.. ADE AKU KISAH? ..hehe.. sekarang ni bagi kami la kan, kami berpegang kat satu je kata kata yang cikgu Sejarah kami pernah cakap: BIAR LA ORANG NAK KATA APA APA PUN.. YANG AKU TAHU, SELAGI MENGIKUT KEHENDAK SYARAK AKU AKAN TERUSKAN..

nie je la kisah hidup kami..hehe.. tak de la menarik sangat.. kalau korang rasa menarik, hmm..bagus la.. hehe..


UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG, HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM...
Ingat! kalau kita nak ubah orang di sekeliling kita, kita per lu ubah diri kita dahulu..bagi kawan kawan yang berminat nak pakai selendang, better kalau korang pilih untuk pakai PASHMINA..kami suka la tengok orang pakai pashmina, nampak ayu jer..tringin nak pakai tapi malu..hehe..

comey laa...hehe..


nie je kot perkongsian daripada kami... ingat! ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.. 
JUST DO IT!!
wallahu a'lam...